Friday, July 24, 2009

Petua Hari ini

Mengekalkan Kesegaran Sayuran
Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.
Mencuci Kerang Dengan Mudah
Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih.
Jemput-jemput Sentiasa Lembut
Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.
• Menghilangkan Pahit Peria
untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untuk dimasak.
• Ikan Tidak Melekat Dikuali
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.
• Tauhu Tidak Melekat Dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.
• Membersihkan Perut Lembu
Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
• Santan Tidak Berbau dan Tahan Lama
Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama
• Segarkan Taugeh
taugeh akan menjadi segar walaupun berhari-hari sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dalam air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.
• Hilangkan Kesan Bau Papan Pemotong
adakalanya kita menghadapi masalah unutk menghilang bau hanyir pada papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yang terdapat pada papan pemotong akan hilang.
• Masakan Termasin
Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-

  1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit.
  2. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
  3. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.
  4. • Merasa Makanan di Bulan Puasa
  1. Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
  2. Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuah tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis

• Memutih Nasi
Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.
• Memasak Nasi yang Mentah
Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.
• Mengelakkan Nasi Hangit
Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.
• Mengelakkan Bau Hangit Nasi

Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan hilang.

  1. Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan
  2. Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit. • Nasi Lambat Basi
  1. Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus.
  2. Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.

• Nasi Lembik
Anda mungkin tidak suka makan nasi lembik. Untuk mengelakkan pembaziran, cubalah atasinya dengan cara ini. Masukkan dua bij telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan kering dengan sempurna.
• Menyukat Air Untuk Beras
Basuh beras seperti biasa. Masukkan ke dalam periuk. Sukat beras tersebut dengan jari. Kemudian masukkan air pula yang jumlahnya sukatannya sama dengan sukatan beras.
• Memilih Telur

Pilihlah yang segar dan tidak retak. Kulitnya kesat. Apabila digoncang dalamnya padat.
• Mengelakkan Telur Rebus Pecah

Didihkan dahulu air dengan garam. Kemudian masukkan telur ke dalam air.

  1. Masukkan telur ke dalam plastik yang berlubang atau bekas plastik yang berlubang sebelum memasukkan bekas/plastik ke dalam periuk.
  2. • Menghilangkan Hanyir Telur Goreng1. Masukkan beberapa titis air asam limau ke dalam telur.

2. Kacau sehingga rata selepas itu barulah digoreng.

• Telur Tahan LamaBersihkan kesemua telur. Lapkan sehingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama.

  1. Susunkan telur secara menonggeng (yang runcing di bawah) agar lebih tahan lama.

• Kacang Bendi Tetap Segar
Didihkan air panas dan masukkan satu sudu kecil minyak masak. Kemudian rebuslah kacang bendi tanpa memotong mana-mana bahagian untuk mengelakkan ia dari berlendir. Tetapi, jangan merebus terlalu lama.
• Menyegarkan Sayuran Berdaun
Hiris sayur-sayuran itu terlebih dahulu dan masukkan dalam beg plastik. Kemudian simpan ia di dalam peti sejuk. Cara ini akan membuat sayur-sayuran itu segar selama seminggu.Rendam dua helai kertas kosong berwarna putih di dalam air selama dua atau tiga minit.Kemudian bungkus sayur-sayuran itu dengan kertas tersebut sehingga tidak kelihatan daunnya. Masukkan atau balutkan pula dengan plastik yang lembab. Kesegaran sayur akan bertahan selama 3 atau 4 hari. Cara ini sesuai bagi mereka yang tiada peti sejuk.


0 comments: